Welcome ! ! !

Everything about Me

Thursday, January 20, 2011

aku. kawan, dan sahabat

Sepanjang hidupku yang hampir genap 22 tahun ini, aku pernah menemui sahabat sejati namun kehilangan sebab dia menaruh cinta kat diri ini. Rasa kesian kepada diri ku sendiri. Nasib badan..........

Tetapi kawan bolehlah dikatakan banyak. Namun kadang menyedihkan dan menyakitkan hati kita, kita akan menemui kawan talam 2 muka, manusia yg kira nya patut kita hindari tetapi tak mungkin sbb kita pn punya keperluan dari mereka.

Orang selalu cakap, kawan yang baik akan menjadikan kita baik, dan kawan yang jahat akan menjerumuskan kita ke arah kejahatan. Mungkin betul dan mungkin tidak. Bagi saya sendiri, saya banyak menemui kawan yang hanya berkawan untuk kepentingan peribadi mereka seperti menyiapkan tugasan mereka, dan berbuat baik dengan kita sebab mengharapkan balasan dari budi yang mereka taburkan kepada kita. Kalau tak di bantu, akan mula kes ungkit - mengunkit dan mcm2 lg....

kita kena berhati - hati sebab sekiranya kita bercerita masalah kita kat org mcm ni, jgn hairan suatu hari nanti masalah kita akan diketahui ramai dan menjadi bahan cerita untuk diceritakan pada orang lain. Tujuan kita pada awalnya ingin mengurangkan beban bermain di minda terus bertambah2 disebbkan orang seperti ni.

ok....
sambung ln kali....

Sahabat Vs. Kawan

Sejak dari kecil lagi, kita berkenalan dengan orang di sekeliling kita. Sewaktu bayi kita, kita hanya di keliling oleh ibu bapa, adik - beradik, nenek & atuk, dan saudara - mara. Kita merasa diri disayangi oleh mereka terutama sekali ibu bapa. Setelah itu, kita mula merangka dan bercakap dan cuba berkomunikasi dengan orang sekeliling kita............

Namun setelah mengijak usia remaja, kawan merupakan individu yang kita lebih percaya berbanding ibu bapa kita. Entah apa sebabnya, kita lebih mudah meluahkan perasaan dengan kawan2 berbanding ibu bapa. kawan dan sahabat bagi pendapat saya adalah dua perkara yang berbeza, kawan adalah orang yg berada ketika kita senang tetapi hilang ketika susah. Erti sahabat pulak bagi saya termulia, di mana seseorang akan berada disisi sahabatnya ketika susah dan senang, sentiasa menyokong tindakan sahabatnya, memberi nasihat, bersedia membantu dan mengenali sahabatnya dari orang lain w/pun orang2 sekelilingnya mengeji sahabatnya.

Namun begitu, sukar kita menemui orang yang mampu menjadi sahabat sejati kita. Sebenarnya, bukan semua beruntung untuk mendapat sahabat sejati. Persahabatan bermula dari berkawan, pada masa berkawan ini lah kita diuji dengan bermacam - macam ujian yang bertujuan untuk menguji kita samaada kita mampu untuk kekal di samping kawan kita. sekiranya iya, makna dia sesuai jadi sahabat kita.

Manakala, kawan bagi pendapat saya orang yang akan berada disisi kita sekiranya mereka inginkan sesuatu dari kita.  Mereka hanya akan berada ketika kita senang jak, sewaktu susah mereka lah dulu lari tanpa di pinta. 

Hai semua,
Pertama sekali, aku gembira sbb dh buat blog sendiri w/pun tak seberapa.
Secara ringkasnya, blog ini berkenaan prespektif kehidupan dari pandangan aku sendiri...