Welcome ! ! !

Everything about Me

Tuesday, June 28, 2011

28 JUNE 2011


   Baru hari ini, aku ada kesempatan untuk melawat blog aku. Aku boleh dikatakan sibuk juga lah dalam beberapa hari ni. Hampir 2 minggu aku di W.P Labuan untuk menziarah keluarga di sana. urm... minggu depan bf aku akan berlayar. Aku doakan  dia akan selamat pergi dan selamat kembali ke pangkuan keluarganya. Hampir 2 minggu dh bf ku kehilangan orang yang tersayang. Namun begitu dia tabah dalam menghadapi dugaan ini. Entahlah, sama ada aku tertipu ataupun bf aku sememangnya bijak dalam menyembunyikan rasa sedihnya.

   Aku sendiri pun tak mampu menghilangkan rasa sedih itu. Sememangnya sangat perit bila kita hilang orang tersayang terutamanya seorang ayah pada Hari Bapa. Ish2.... aku doakan roh ayah ku dan ayahnya tenteram di alam sana..... amin....

      Sekarang tumpuan aku untuk cari kerja, walaupun agak slow dalam mencari tapi at least aku dah cuba untuk mencari. Tapi entah lah aku sebenarnya minat untuk kerja di tempat bf ku supaya senang mau berjumpa. Tapi aku mengikut akal ku yang waras ketika nie, aku rasa itu hanya lah alasan supaya aku tak mau or bikin  patah semangat aku cari kerja. hahahahahahaha......alasan orang pemalas.......


Oklah aku chow dulu sebab mengantuk lagipun sekarang dekat pkul 1 pagi... gud night n sweet dream...

Friday, June 10, 2011

10 June 2011

Sebenarnya tanpa kusedari, masa telah banyak meninggalkan aku. Begitu banyak fasa yang ku lalui dalam kehidupan aku selama 23 tahun aku hidup d dunia ni. Pasti semua orang pun melalui fasa - fasa dalam kehidupan mereka sendiri.

Tapi untuk masa sekarang aku cuma sedikit kecewa sebab masih belum mempunyai kerjaya sendiri. Hal ini membuatkan aku cemburu dengan kawan - kawan aku yang lain yang telah mempunyai kerjaya sendiri. Seorang kenalan saya pernah berkata: when young nothing is impossible. Saya pun turut menyokong pendapat dia itu, sebab x ada yang mustahil kerana ketika waktu  ini lah kita tidak dibebani dengan tanggungjawab sebagai sebagai seorg isteri dan ibu or suami dan bapa.  Hal ni menyebabkan kita berani menanggung risiko dalam sesuatu keputusan yang kita ambil dalam kehidupan kita.


Thursday, June 9, 2011

Nora Elena Drama TV3

Terbit rasa kekeliruan aku tentang drama nie sebenarnya samada drama ni diadaptasi dari novel " Kasih Yang Suci" karya Meen Zulaikha atau lain. Sebenarnya aku memang minat novel ni menyebabkan aku sering membandingkan drama  Nora Elena dengan Novel Kasih Yang Suci. Kesemua watak dalam drama itu wujud dalam novel ni begitu juga persamaan nama watak - watak tersebut.

Namun begitu, terdapat juga sedikit perbezaan diantara novel dan drama tersebut. Hal ini mungkin disebabkan untuk memastikan masyarakat khususnya Malaysia dapat menerima atau memberi tanggapan positif ketika menonton drama nie....

Kepada peminat novel yang telah membaca karya ni sudah tentu tahu perbezaannya. Tapi kepada yang belum, boleh lah cari novel tersebut di pasaran.......

Apa - apa pun aku turut meminati drama Nora Elena. Namun begitu, rasanya (kepuasannya) tidak sama seperti membaca novel Kasih Yang Suci.

Blog !!!!!

Hari ni aku berjaya juga mengubah wajah blog aku. Terima Kasih kepada kedua - dua blog nie: http://pwincessmymuch0ok.blogspot.com/2009/10/cara-cara-mencantikkan-blog-anda.html dan http://www.zuarxpdc.com/2010/02/widget-untuk-mencantikkan-blog.html. Kalau x ada diorg, confirm aku dah putus asa dah......