Welcome ! ! !

Everything about Me

Tuesday, July 19, 2011

RIndu

Dari zaman dulu sampai ke sekarang perkataan rindu sangat popular dikalangan manusia. Tiada siapa dikalangan manusia yang terkecuali daripada mengalami perasaan ini terutama sekali bagi pasangan bercinta. Begitu banyak puisi dan lagu dicipta bagi menggambarkan rasa rindu yang dialami bagi setiap individu masing2. Setiap bait - bait kata menggambarkan betapa kita mengasihi seseorang itu dan merinduinya atau merindui suasana yang pernah berlaku terhadap diri kita ataupun rindu kepada Tuhan yang Maha Esa.

Mungkin ada diantara kita rindukan zaman kanak -kanak, kerana kita tidak dibebani masalah dan tanggungjawab. Mungkin ada yang juga merindui waktu zaman remaja dimana mungkin mengenal cinta pertama. ataupun kita merindui kepada orang - orang yang kita sayangi yang mungkin tidak berada disisi kita lagi. ataupun kita merindui seseorang yang jauh daripada diri kita. Seringkali kita mengungkapkan kata2 seperti "jauh dimata, dekat dihati" bagi mengambarkan bertapa seseorg yang kita rindu itu dekat dihati kita.

Namun dari rindu ini menyebabkan kita terseksa terutama sekali dalam percintaan. Rindu kepada sang kekasih dimana kita mengharap dan terus mengharap semoga dia menjadi milik kita pada suatu hari nanti. Rindu yang menyebabkan kita terus menanti dan menanti dan cuba untuk setia pada dirinya sewaktu ketiadaannya. Namun begitu sukar untuk setia, kerana begitu banyak cabaran dalam memastikan kesetiaan itu.

bersambung .......

Monday, July 18, 2011

Cinta

Cinta semestinya digambarkan sebagai suatu perasaan yang indah yang tak dapat digambarkan melalui kata - kata atau perbuatan semata - mata. Keindahan perasaan ini dialami hampir keseluruhan remaja di dunia ini.....
Begitu banyak sekali definisi tentang cinta itu sendiri. contoh nya terdapat perbezaan anta cinta remaja dan orang dewasa. Cikgu saya memberitahu sewaktu kami masih lagi bersekolah, cinta yang kami alami adalah cinta monyet, dan cinta yang cikgu alami adalah cinta sejati. hahaha,,,,, Sewaktu itu, aku begitu pelik sekali, sambil berbisik dalam hati" apa pulak beza cinta budak ini deng cinta cikgu aku nie?. Ish2....... demam kali cikgu aku ni. sebab belajar bab peranakan nie". Cikgu sains katakan.

Tapi setelah aku menigkat dewasa barulah ku faham sendiri apa maksud kata - kata cikgu aku itu. Sebab kita remaja, kita mudah yakin yang itu adalah jodoh kita, cinta sampai akhir hayat kita tanpa memikirkan perkara - perkara lain yang juga memainkan perkara penting dalam hidup kita. Tidak terkecuali dengan aku sendiri, aku masih lagi ingat, aku dan kawan aku berdiri diluar kelas dan memandang ke kelas lain. aku bagitau kawan aku aku suka kat orang dalam kelas itu(budak tingkatan 3). Asal jumpa jak, mula lah aku senyum2. Ish2... ingat balik lawak juga sebab aku bertepuk sebelah tangan. Lepas itu, bila dia pindah sekolah. aku pun patah hati.

Lepas itu, aku nie anti dengan lelaki tapi kebanyakan  kawan aku lelaki. hahahahaha........
Pelik2, aku pn pelik dengan diri aku sendiri.Lepas SPM pun rapat dengan lelaki. tapi mungkin silap aku lah sebab melayan aku rasa lebih2 lah juga. Almaklum lah otak budak2, namun aku sedih salam persahabatan aku hulur dibalas dengan pengharapan untuk membalas cinta diorg. Aku bukan angkuh atau pn bangga tapi sebenarnya aku sedih sebb aku rasa diorg lah kawan -kawan yang memahami aku. Sedangkan aku begitu naif tentang erti cinta sebenar. Dan aku susun sepuluh jari kerana tidak mampu membalas cinta kalian.

Masa matriks rapat ngan pak gaurd, pak gaurd ini memang sporting lah tpi sayang aku tak rapat lagi sebab busy dengan pelajaran dan tiap2 ari sabtu dan ahad p dating.  ish2... pecah rahsia aku.... hahahahahaha.....
Tpi aku bersyukur sebab cinta itu bertahan sehingga sekrang. dan harap terus berkekalan sehingga ke akhir hayat aku.

Sebenarnya bercinta itu boleh, tpi jgn hanyut dalam lautan cinta sampai tidak ambil peduli perkara lain.

BERSAMBUNG........


Biskut

Beberapa hari nie aku tgh hidap penyakit " buat biskut", asyik mau belajar buat biskut jak. semua resipi biskut nie aku ambil dari internet atau lebih tepat lg kat http://www.myresipi.com/. Sape - sape yang tak tau masak macam saya nie,  boleh lah ke laman web ni dan juga sesiapa yg ingin mencuba resipi baru.  Kebanyakan resipinya mudah dan bahan2 yang dicadangkan mudah dikenali.

Kalau kita ikut resipi dan cara memasak yang betul, kita akan dapati makanan yang kita masak sama seperti makanan yang dijual di kedai - kedai makan. So, jgn putus asa, cuba dan terus mencuba. sebab aku pn beberapa kali mencuba baru berjaya. Hehehehehhe..........

Drama "Anissa"

Drama ini aku suka bangat.... sebab utama aku memang minat bila Zamarul Hisham berlakon. Namun begitu watak Zamarul dalam cerita ni dah habis tpi x apa. Aku suka jalan ceritanya dalam drama ni, lebih kepada realiti kehidupan kita. Kawan makan kawan, kawan rampas suami kawan, dan macam2 lagi. Kepada yang baca entri ni, silalah menonton kat tv3 or http://www.tonton.com.my/ untuk menonton drama nie.

 Berbalik kepada drama ni, contohnya anna dan balqis. Sebenarnya aku geram or lebih benci kepada Balqis dah tau Farid ( Zamarul hisham) itu suami Anna iaitu suami kepada kawan baik dia sendiri sanggup juga dia kahwin dengan c Farid. Sudah itu, dapat suami ( Farid) tak sanggup berterus - terang tentang kehadiran Balqis sebgai isterinya kedua sampai menyusahkan diri sendiri dan orang lain dalam menyembunyikan perkhawinan keduanya. Bagi pendapat aku yang sangat jahil nie, sepatutnya si Farid berterus - terang sahaja tentang kehadiran Balqis sebagai isterinya dan tengok reaksi si Anna. Akhirnya, tak ada kesempatan untuk berterus terang. Yang susah nanti isteri2 dia lah dan anak dia.

Aku x boleh salahkan Farid juga sebab si Anna sendiri terlalu sibuk bekerja sehingga tidak pedulikan suami dia. Sepatutnya dia mengimbangi masanya untuk suaminya dan untuk kerjayanya. Bukan maksud aku, menghalang cita - cita dia untuk berjaya tapi harusnya diseimbangkan lebih2 lagi syurga itu ditapak kaki suami. Perkhawinan adalah suatu ibadah, dan jangan lah ibadah itu menjadi kotor kerana penuh dengan penipuan dan kepura -puraan.

Aku juga x boleh salahkan Balqis kerana hati wanita ini umpama kerak nasi apabila dirayu terus - menerus akan lembut juga. Lebih - lebih lagi sememangnya dia telah menyukai lelaki tersebut. Namun begitu, seharusnya dia tidak mengikut suaminya untuk berbohong kepada Anna. Dan sepatutnya sebelum dia berkhawin dengan Farid, dia haruslah berterus - terang dengan Anna. Kebenaran itu memang pahit dan sukar tapi itu lah yang terbaik. Kejujuran adalah sifat yang sangat penting dalam setiap perhubungan, walau sesukar mana sesuatu perkara yang ingin disampaikan. Aku suka kepada lelaki yang mempunyai sifat jujur, kerana kejujuran adalah suatu jaminan untuk sesuatu perhubungan itu kekal terutama sekali dalam hubungan persahabatan dan percintaan.

Kita perempuan takut akan poligami walaupun ia tidak haram tapi kita seharusnya berusaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak suami selagi ia tidak melanggar pegangan agama kita. Bagi wanita yang telah berkhawin, syurga itu di kaki suami.  Setinggi mana pun gaji, pangkat dan status sosial kita di mata masyarakat, jangan sekali - kali kita lupa bahawa suami itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam institusi keluarga.

Kepada kaum adam, jangan sesekali kamu lalai kerana kamu akan ditanya tentang tanggungjawab mu kepada keluarga mu. Janganlah menjadi lelaki yang dayus yang mengharap duit dari isterinya untuk menanggung perbelanjaannya melainkan lelaki itu tidak berkemampuan maksud ku cacat or menghidapi penyakit yang menjejaskan kemampuan utuk bekerja. Janganlah menjadi lelaki yang memukul isteri dan anak mu tanpa sebab. Kerana pada suatu hari, tangan anak mu yang kecil itu menjadi dewasa dan mungkin mendendami kamu dan membenci kamu.