Welcome ! ! !

Everything about Me

Thursday, January 20, 2011

Sahabat Vs. Kawan

Sejak dari kecil lagi, kita berkenalan dengan orang di sekeliling kita. Sewaktu bayi kita, kita hanya di keliling oleh ibu bapa, adik - beradik, nenek & atuk, dan saudara - mara. Kita merasa diri disayangi oleh mereka terutama sekali ibu bapa. Setelah itu, kita mula merangka dan bercakap dan cuba berkomunikasi dengan orang sekeliling kita............

Namun setelah mengijak usia remaja, kawan merupakan individu yang kita lebih percaya berbanding ibu bapa kita. Entah apa sebabnya, kita lebih mudah meluahkan perasaan dengan kawan2 berbanding ibu bapa. kawan dan sahabat bagi pendapat saya adalah dua perkara yang berbeza, kawan adalah orang yg berada ketika kita senang tetapi hilang ketika susah. Erti sahabat pulak bagi saya termulia, di mana seseorang akan berada disisi sahabatnya ketika susah dan senang, sentiasa menyokong tindakan sahabatnya, memberi nasihat, bersedia membantu dan mengenali sahabatnya dari orang lain w/pun orang2 sekelilingnya mengeji sahabatnya.

Namun begitu, sukar kita menemui orang yang mampu menjadi sahabat sejati kita. Sebenarnya, bukan semua beruntung untuk mendapat sahabat sejati. Persahabatan bermula dari berkawan, pada masa berkawan ini lah kita diuji dengan bermacam - macam ujian yang bertujuan untuk menguji kita samaada kita mampu untuk kekal di samping kawan kita. sekiranya iya, makna dia sesuai jadi sahabat kita.

Manakala, kawan bagi pendapat saya orang yang akan berada disisi kita sekiranya mereka inginkan sesuatu dari kita.  Mereka hanya akan berada ketika kita senang jak, sewaktu susah mereka lah dulu lari tanpa di pinta. 

No comments:

Post a Comment