Welcome ! ! !

Everything about Me

Monday, March 14, 2011

Kehidupan Aku


Pandangan tentang kehidupan berbeza bagi setiap manusia. Masing - masing mempunyai prespektif tersendiri tentang kehidupan yang mereka jalani tidak terkecuali diri ku. Mungkin bagi sesetengah orang, menganggap ku  seperti kanak - kanak yang masihh tidak mampu merencanakan masa depan saya sendiri. Tetapi orang tak kan faham apa yang saya ingin kan dalam kehidupan saya.

Terkadang perasaan saya ini ingin memberontak dan membuktikan kepada mereka saya mampu menyahut cabaran mereka tapi bukan kehendak saya untuk tunduk dalam kemahuan mereka. Aku ingin mencari kebebasan dalam definisi kamus hidup ku sendiri, mencari sesuatu yang ku rasakan mungkin kebahagian pada diriku.

Mungkin betul seperti orang kata " kita usah pedulikan kata orang kerana mereka lebih suka tengok kita jatuh dari berjaya". betulkah?. Tepuk dada, tanya selera, adakah kita tergolong dalam kategori tersebut. Aku sebenarnya  mudah cemburu dengan kejayaan orang tapi pada masa yang sama aku sedar aku harus berusaha dalam mencapai kejayaan itu. Bukan dengan menjatuhi orang lain.

 Aku sedar akan qada dan qadar dan setiap perisitwa yang berlaku dalam hidupku mempunyai hikmah dikemudian hari. Aku sememangnya manusia yang lemah yang selalu mengingati kesilapan lalu yang pernah ku lakukan walaupun aku sedar daripada kesilapan itu menyebabkan aku cekal dan tabah dalam menghadapi kehidupan ini." Past mistake will make we become a better person."

Aku terkadang hairan, kenapa orang sering anggap hidup yang ku jalani sangat mudah walaupun sebenarnya sukar pada diriku sendiri. Takkan aku nak canangkan seluruh dunia tentang masalah aku, kerana orang takkan faham. Aku yang menanggung beban ini, aku punya tanggungjawab terhadap keluarga. Itu yang mampu ku beritahu.

Sering orang katakan aku ini seorang yang manja. OMG.... kalau lah saya dimanjakan tak perlulah menghadapi masalah ini. Tapi aku harus akur, mereka tak mengalami masalah yang ku alami. Begitu banyak impian telah ku lepaskan demi keluarga. Sehingga aku fikir bila kah aku akan realisasikan impian aku ini atau impian itu akan menjadi angan - angan. 



 Namun aku harus sedar dan bersyukur kerana lahir di dunia ini. Kehidupan sebenarnya indah kerana dalam kehidupan terdapat cabaran yang menguji kekuatan fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran itu dan pada akhirnya kita temui kebahagian di dalam mengharungi cabaran tersebut.

Sunday, March 13, 2011

Cinta

Cinta amat mendalam ertinya bagi setiap insan. Cinta merupakan perasaan yang agung sekali. Sering kali, ku dengari ungkapan "cinta itu buta". sehingga kita sering tertanya - tanya, adakah kita yang menyebabkan cinta itu buta, atau kita yang buta dalam panah cinta.

Konsep cinta ini sangat meluas, namun kita sebagai remaja sering menganggap cinta itu hanyalah percintaan antara lelaki dan perempuan ( girlfriend or boyfriend) sehingga kita terlupa untuk mencintai Tuhan yang Esa kerana cinta kepda - Nya adalah lebih agung.

Definisi cinta bagi kita adalah berbeza.... sukar untuk memberi suatu definisi cinta yang tepat bagi setiap insan kerana cinta itu lahir daripada suatu perasaan yang rumit, hadir tanpa diduga dan menyebabkan kita selalu mendambakan cinta......
Tak salah untuk bercinta antara lelaki dan perempuan, tapi kita kena ingat bukan selalunya cinta yang kita dambakan itu berbalas. Mungkin kita hanya bertepuk sebelah tangan dalam cinta tersebut. Oleh demikian kita harus sedar, jangan terus mengharap kepada cinta daripada orang itu. Carilah cinta daripada orang lain. Kekecewaan itu pasti ada, tapi biarlah masa menyembuhkan kelukaan itu. Kerana masa adalah ubat yang terbaik. Kita harus akur dengan ketentuan-Nya, mungkin jodoh kita bukan dengan orang dirinya.
Aku sendiri pun pernah kecewa dengan cinta, mencintai seorang lelaki yang memang jelas - jelas menunjukkan perlakuan "playboy". Namun aku bersyukur kerana sedar sebelum terlambat. Sememangnya, aku memang rasa sakit hati dan kecewa sangat2 kerana ia merupakan cinta pertama aku dan untuk sembuh mengambil masa yang panjang sebelum dapat melupakan dirinya. Sewaktu ini, aku kembali menghadap yang Esa, menghadap tuhanku iaitu Allah S.W.T . Pada-Nya aku bersujud meminta diberikan ketenangan, ketabahan, dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini dan meneruskan hidupku. 
Kepada para remaja, jangan mudah hanyut pada cinta yang tak pasti kerana cinta pada Allah S.W.T adalah sesuatu yang hakiki. jangan mudah terperdaya dengan hasutan syaitan mengatakan kita telah menemui cinta sejati dengan c folan ini, melainkan dia telah menjadi suami atau isteri untuk kita. Peringatan ini saya tuju khas pada diri saya dan seterusnya pada pembaca blok saya.........









Filem Merong Mahawangsa

Pada pendapat saya ,filem ini memang menarik dan boleh saya katakan filem melayu  yang paling bagus pernah di buat oleh orang malaysia....... dan saya suka nya sekali......

urm...... sebenarnya aku rasa percintaan Merong dan Embok sgt tragis......tidak dapat  hidup bersama...... mc lg terasa kesedihan nya..........
Walaupun pun saya rasa mcm x puas hati sbb pengunaan bahasa melayu semcam tidak meluas dalam filem tersebut. timbul satu pertanyaan dalm diri saya ' bukan kah bahasa melayu digunakan secara meluas di zaman dahulu sebgai bahasa pengantar dikalangan para pedagang seperti mana penggunaan Bahasa English pada masa sekrng?" or "penggunaan  Bahasa English digunakan dalam filem ini hanya untuk menarik lebih banyak penonton untuk menonton, selain daripada, utuk dipasarkan ke luar negara?" hahahahahahhha....... lawak2 aku ini, aku punya bahasa melayu pn tunggang - langgang ada ati nak tegur org... ish2...bikin malu.......x apalah aku just wondering jak... x arap org jwb pn


Walau bagaimana pun, filem ini memang best, dari segi jalan ceritanya dan juga para pelakon nya....tak rugi g tengok filem ni......... hopefully, filem ini ada VCD sebb aku nak simpan n tengok byk kali.......

jom layan lagu Anuar Zain........ Memang sesuai betul lagu ini dengan Filem Hikayat Merong Mahawangsa.......

Thursday, March 10, 2011

Lagenda Budak Setan

aku suka sangat novel ni.....
walapun jalan ceritanya  langsung x buat aku menangis.......
aku memang suka nya
pertama, kasyah adalah ciri - ciri lelki yang ku cari dalam hidup ku..... seorg lelaki yang oleh menerima segala kelemahan kekasihnya  dan seorg pencinta yang hebat. seorg lelaki yang begitu tabah menghadapi pelbagai dugaan.....lelaki yang setia kepada cinta....
aku begitu tertarik dengan ciri2 lelaki tapi sayang mencarinya umpama mencari sebutir berlian dalam  jutaan pasir.....hahahahahahahahahahaha
boleh kena sue juga aku ni ubah2 peribahasa.......
berbalik pada novel ni......
aku mula suka pada novel ni setelah movie lagenda budak setan di tayangkan....
mungkin sbb perasaan ingin tau aku apakah  kesudahan utk lelaki  bernama kasyah setelah kematian ayu.....
x boleh duduk diam aku klau x tau kesudhannya. akhirnya aku jumpa juga novel tersebut....hehehehehehe.....

kepada peminat2 novel,
saya cadangkan baca lah ketiga2 noel lagenda budak setan......
sbb x bestlah sya bgtu kat sini...... nanti x ada "feel" masa baca novel 2.... hehehhehehe

sesiapa yang dh tgk movie lagenda budak setan pasti akan terbayang wajah2 pelakon ketika membaca novel2 tersebut........


movie lagenda budk setan bkn lah 100%  berdasarkn novel lagenda budak setan tapi memang best mcm novel juga...........

7 lagu

wseram pulk aku tegk ending 7 lagu ni...
kecut perut aku...
dah lah aku minat gila kat Farid Kamil sejak dia pegang watak as kasyah dalam Lagenda Budak Setan......
hehehehehehehehehe........
x apalah..... aku minat dia pn sbb setiap lakonan dia berkesan pada pandangan saya....
amik ko......aku bg lg gmbr farid kamil....
hahhahahahahahaha

hantu novel !!!!!!!

lama juga aku x update blog ni.......
ish2.... 2 lah aku ni sibuk memanjang...........
urm.......
sepnjang aku hilang ni aku busy dgn membaca novel.......
yg penting hmpir kesemuan novel yg sya baca semua mempunyai jalan cerita yang menarik walaupun mempunyai tujuan yang sama iaitu mencari cinta yg sejati di antara manusia selain daripada cinta dengn  Tuhan.........