Welcome ! ! !

Everything about Me

Tuesday, July 19, 2011

RIndu

Dari zaman dulu sampai ke sekarang perkataan rindu sangat popular dikalangan manusia. Tiada siapa dikalangan manusia yang terkecuali daripada mengalami perasaan ini terutama sekali bagi pasangan bercinta. Begitu banyak puisi dan lagu dicipta bagi menggambarkan rasa rindu yang dialami bagi setiap individu masing2. Setiap bait - bait kata menggambarkan betapa kita mengasihi seseorang itu dan merinduinya atau merindui suasana yang pernah berlaku terhadap diri kita ataupun rindu kepada Tuhan yang Maha Esa.

Mungkin ada diantara kita rindukan zaman kanak -kanak, kerana kita tidak dibebani masalah dan tanggungjawab. Mungkin ada yang juga merindui waktu zaman remaja dimana mungkin mengenal cinta pertama. ataupun kita merindui kepada orang - orang yang kita sayangi yang mungkin tidak berada disisi kita lagi. ataupun kita merindui seseorang yang jauh daripada diri kita. Seringkali kita mengungkapkan kata2 seperti "jauh dimata, dekat dihati" bagi mengambarkan bertapa seseorg yang kita rindu itu dekat dihati kita.

Namun dari rindu ini menyebabkan kita terseksa terutama sekali dalam percintaan. Rindu kepada sang kekasih dimana kita mengharap dan terus mengharap semoga dia menjadi milik kita pada suatu hari nanti. Rindu yang menyebabkan kita terus menanti dan menanti dan cuba untuk setia pada dirinya sewaktu ketiadaannya. Namun begitu sukar untuk setia, kerana begitu banyak cabaran dalam memastikan kesetiaan itu.

bersambung .......

No comments:

Post a Comment