Welcome ! ! !

Everything about Me

Monday, July 18, 2011

Drama "Anissa"

Drama ini aku suka bangat.... sebab utama aku memang minat bila Zamarul Hisham berlakon. Namun begitu watak Zamarul dalam cerita ni dah habis tpi x apa. Aku suka jalan ceritanya dalam drama ni, lebih kepada realiti kehidupan kita. Kawan makan kawan, kawan rampas suami kawan, dan macam2 lagi. Kepada yang baca entri ni, silalah menonton kat tv3 or http://www.tonton.com.my/ untuk menonton drama nie.

 Berbalik kepada drama ni, contohnya anna dan balqis. Sebenarnya aku geram or lebih benci kepada Balqis dah tau Farid ( Zamarul hisham) itu suami Anna iaitu suami kepada kawan baik dia sendiri sanggup juga dia kahwin dengan c Farid. Sudah itu, dapat suami ( Farid) tak sanggup berterus - terang tentang kehadiran Balqis sebgai isterinya kedua sampai menyusahkan diri sendiri dan orang lain dalam menyembunyikan perkhawinan keduanya. Bagi pendapat aku yang sangat jahil nie, sepatutnya si Farid berterus - terang sahaja tentang kehadiran Balqis sebagai isterinya dan tengok reaksi si Anna. Akhirnya, tak ada kesempatan untuk berterus terang. Yang susah nanti isteri2 dia lah dan anak dia.

Aku x boleh salahkan Farid juga sebab si Anna sendiri terlalu sibuk bekerja sehingga tidak pedulikan suami dia. Sepatutnya dia mengimbangi masanya untuk suaminya dan untuk kerjayanya. Bukan maksud aku, menghalang cita - cita dia untuk berjaya tapi harusnya diseimbangkan lebih2 lagi syurga itu ditapak kaki suami. Perkhawinan adalah suatu ibadah, dan jangan lah ibadah itu menjadi kotor kerana penuh dengan penipuan dan kepura -puraan.

Aku juga x boleh salahkan Balqis kerana hati wanita ini umpama kerak nasi apabila dirayu terus - menerus akan lembut juga. Lebih - lebih lagi sememangnya dia telah menyukai lelaki tersebut. Namun begitu, seharusnya dia tidak mengikut suaminya untuk berbohong kepada Anna. Dan sepatutnya sebelum dia berkhawin dengan Farid, dia haruslah berterus - terang dengan Anna. Kebenaran itu memang pahit dan sukar tapi itu lah yang terbaik. Kejujuran adalah sifat yang sangat penting dalam setiap perhubungan, walau sesukar mana sesuatu perkara yang ingin disampaikan. Aku suka kepada lelaki yang mempunyai sifat jujur, kerana kejujuran adalah suatu jaminan untuk sesuatu perhubungan itu kekal terutama sekali dalam hubungan persahabatan dan percintaan.

Kita perempuan takut akan poligami walaupun ia tidak haram tapi kita seharusnya berusaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak suami selagi ia tidak melanggar pegangan agama kita. Bagi wanita yang telah berkhawin, syurga itu di kaki suami.  Setinggi mana pun gaji, pangkat dan status sosial kita di mata masyarakat, jangan sekali - kali kita lupa bahawa suami itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam institusi keluarga.

Kepada kaum adam, jangan sesekali kamu lalai kerana kamu akan ditanya tentang tanggungjawab mu kepada keluarga mu. Janganlah menjadi lelaki yang dayus yang mengharap duit dari isterinya untuk menanggung perbelanjaannya melainkan lelaki itu tidak berkemampuan maksud ku cacat or menghidapi penyakit yang menjejaskan kemampuan utuk bekerja. Janganlah menjadi lelaki yang memukul isteri dan anak mu tanpa sebab. Kerana pada suatu hari, tangan anak mu yang kecil itu menjadi dewasa dan mungkin mendendami kamu dan membenci kamu.

No comments:

Post a Comment