Welcome ! ! !

Everything about Me

Sunday, March 13, 2011

Cinta

Cinta amat mendalam ertinya bagi setiap insan. Cinta merupakan perasaan yang agung sekali. Sering kali, ku dengari ungkapan "cinta itu buta". sehingga kita sering tertanya - tanya, adakah kita yang menyebabkan cinta itu buta, atau kita yang buta dalam panah cinta.

Konsep cinta ini sangat meluas, namun kita sebagai remaja sering menganggap cinta itu hanyalah percintaan antara lelaki dan perempuan ( girlfriend or boyfriend) sehingga kita terlupa untuk mencintai Tuhan yang Esa kerana cinta kepda - Nya adalah lebih agung.

Definisi cinta bagi kita adalah berbeza.... sukar untuk memberi suatu definisi cinta yang tepat bagi setiap insan kerana cinta itu lahir daripada suatu perasaan yang rumit, hadir tanpa diduga dan menyebabkan kita selalu mendambakan cinta......
Tak salah untuk bercinta antara lelaki dan perempuan, tapi kita kena ingat bukan selalunya cinta yang kita dambakan itu berbalas. Mungkin kita hanya bertepuk sebelah tangan dalam cinta tersebut. Oleh demikian kita harus sedar, jangan terus mengharap kepada cinta daripada orang itu. Carilah cinta daripada orang lain. Kekecewaan itu pasti ada, tapi biarlah masa menyembuhkan kelukaan itu. Kerana masa adalah ubat yang terbaik. Kita harus akur dengan ketentuan-Nya, mungkin jodoh kita bukan dengan orang dirinya.
Aku sendiri pun pernah kecewa dengan cinta, mencintai seorang lelaki yang memang jelas - jelas menunjukkan perlakuan "playboy". Namun aku bersyukur kerana sedar sebelum terlambat. Sememangnya, aku memang rasa sakit hati dan kecewa sangat2 kerana ia merupakan cinta pertama aku dan untuk sembuh mengambil masa yang panjang sebelum dapat melupakan dirinya. Sewaktu ini, aku kembali menghadap yang Esa, menghadap tuhanku iaitu Allah S.W.T . Pada-Nya aku bersujud meminta diberikan ketenangan, ketabahan, dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini dan meneruskan hidupku. 
Kepada para remaja, jangan mudah hanyut pada cinta yang tak pasti kerana cinta pada Allah S.W.T adalah sesuatu yang hakiki. jangan mudah terperdaya dengan hasutan syaitan mengatakan kita telah menemui cinta sejati dengan c folan ini, melainkan dia telah menjadi suami atau isteri untuk kita. Peringatan ini saya tuju khas pada diri saya dan seterusnya pada pembaca blok saya.........









No comments:

Post a Comment