Welcome ! ! !

Everything about Me

Monday, March 14, 2011

Kehidupan Aku


Pandangan tentang kehidupan berbeza bagi setiap manusia. Masing - masing mempunyai prespektif tersendiri tentang kehidupan yang mereka jalani tidak terkecuali diri ku. Mungkin bagi sesetengah orang, menganggap ku  seperti kanak - kanak yang masihh tidak mampu merencanakan masa depan saya sendiri. Tetapi orang tak kan faham apa yang saya ingin kan dalam kehidupan saya.

Terkadang perasaan saya ini ingin memberontak dan membuktikan kepada mereka saya mampu menyahut cabaran mereka tapi bukan kehendak saya untuk tunduk dalam kemahuan mereka. Aku ingin mencari kebebasan dalam definisi kamus hidup ku sendiri, mencari sesuatu yang ku rasakan mungkin kebahagian pada diriku.

Mungkin betul seperti orang kata " kita usah pedulikan kata orang kerana mereka lebih suka tengok kita jatuh dari berjaya". betulkah?. Tepuk dada, tanya selera, adakah kita tergolong dalam kategori tersebut. Aku sebenarnya  mudah cemburu dengan kejayaan orang tapi pada masa yang sama aku sedar aku harus berusaha dalam mencapai kejayaan itu. Bukan dengan menjatuhi orang lain.

 Aku sedar akan qada dan qadar dan setiap perisitwa yang berlaku dalam hidupku mempunyai hikmah dikemudian hari. Aku sememangnya manusia yang lemah yang selalu mengingati kesilapan lalu yang pernah ku lakukan walaupun aku sedar daripada kesilapan itu menyebabkan aku cekal dan tabah dalam menghadapi kehidupan ini." Past mistake will make we become a better person."

Aku terkadang hairan, kenapa orang sering anggap hidup yang ku jalani sangat mudah walaupun sebenarnya sukar pada diriku sendiri. Takkan aku nak canangkan seluruh dunia tentang masalah aku, kerana orang takkan faham. Aku yang menanggung beban ini, aku punya tanggungjawab terhadap keluarga. Itu yang mampu ku beritahu.

Sering orang katakan aku ini seorang yang manja. OMG.... kalau lah saya dimanjakan tak perlulah menghadapi masalah ini. Tapi aku harus akur, mereka tak mengalami masalah yang ku alami. Begitu banyak impian telah ku lepaskan demi keluarga. Sehingga aku fikir bila kah aku akan realisasikan impian aku ini atau impian itu akan menjadi angan - angan. 



 Namun aku harus sedar dan bersyukur kerana lahir di dunia ini. Kehidupan sebenarnya indah kerana dalam kehidupan terdapat cabaran yang menguji kekuatan fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran itu dan pada akhirnya kita temui kebahagian di dalam mengharungi cabaran tersebut.

No comments:

Post a Comment